Gerakan Islah mencetuskan kesedaran kebangsaan di Tanah Melayu Sayid_Jamaluddin_Asadabadi

Pencetusan gerakan Islah oleh Sayid Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh pada 1882 telah mempengaruhi kebangkitan semangat kebangsaan di Tanah Melayu. Golongan pelajar di Tanah Melayu yang mendapat pendidikan di Timur Tengah, khususnya di Mesir telah membangkitkan semangat kebangsaan. Mereka yang menuntut di Universiti al-Azhar telah terpengaruh dengan idea pemulihan Islam yang dibawa oleh Sayid Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh. Sekembalinya mereka ke tanah air, mereka telah memulakan Gerakan Islah di Tanah Melayu. Golongan ini dikenali sebagai Kaum Muda.

Antara pelopor Gerakan Islah di Tanah Melayu ialah: